Privacy Notice (National language)

Kenyataan Privasi

Kenyataan Privasi ini adalah tentang data peribadi anda yang dikumpul oleh Bibby Factoring Services (Malaysia) Sdn Bhd (“Bibby”/”kami”) berhubung dengan perkhidmatan atau kemudahan (dirujuk secara kolektif sebagai “kemudahan”) yang:

  1. telah anda pohon atau akan memohon daripada Bibby; atau
  2. yang dipohon atau akan dipohon daripada Bibby oleh pelanggan/ bakal pelanggan kami, di mana obligasi dan liabiliti di bawah kemudahan akan dicagar, dijamin atau ditanggung oleh anda/ aset anda atau sesiapapun yang anda mewakili dan diberikuasa untuk bertindak bagi pihaknya atau bersekutu dengan anda.

Melindungi privasi anda adalah penting bagi kami. Adalah perlu untuk anda memberi kepada Bibby data peribadi yang berkaitan dengan peruntukan kemudahan tersebut. Kegagalan dalam memberi data tersebut mungkin akan mengakibatkan Bibby tidak dapat memberikan kemudahan tersebut. Kenyataan Privasi ini menerangkan jenis data peribadi yang kami kumpul daripada anda dan bagaimana kami mengguna dan melindungi  data peribadi anda.

APAKAH DATA PERIBADI YANG KAMI KUMPUL DAN SUMBERNYA

Data peribadi yang akan kami kumpul terdiri daripada dan tidak terhad kepada:

  • nama penuh
  • nombor kad pengenalan
  • tarikh lahir
  • jantina
  • bangsa
  • bilangan tanggungan
  • butir-butir surat-menyurat (termasuk alamat, number telefon, alamat e-mel)
  • butir-butir majikan dan pendapatan
  • komitmen kewangan
  • keputusan semakan kredit

Kami juga mungkin mengumpul data peribadi anda melalui sumber lain, termasuk dan tidak terhad kepada biro kredit, agensi rujukan kredit, majikan anda dan penjamin anda.

TUJUAN KAMI MENGUMPUL DATA PERIBADI ANDA

Bibby menghormati privasi data peribadi anda. Tujuan kami mengumpul dan memproses maklumat peribadi anda mungkin merangkumi semua atau mana-mana daripada yang berikut:

  1. pemprosesan permohonan anda untuk kemudahan;
  2. operasi harian kemudahan;
  3. melaksanakan semakan kredit dan membantu institusi kewangan lain melaksanakan semakan kredit;
  4. mengemaskini rekod kami tentang anda;
  5. mengenalpasti kelayakan kredit terkini anda;
  6. menentukan jumlah keberhutangan yang terhutang kepada atau oleh anda;
  7. menguatkuasakan obligasi anda, termasuk tetapi tidak terhad kepada pengutipan jumlah terhutang daripada anda dan cagaran anda untuk kemudahan tersebut;
  8. membolehkan pemegang serahhak yang sebenar atau berpotensi Bibby, atau perserta atau sub-peserta hak Bibby terhadap subjek data, untuk menilaikan transaksi yang dirancang menjadi perkara kepada penyerahan hak, penyertaan atau sub-penyertaan tersebut;
  9. menjalankan penyelidikan pasaran, menganalisis statistik dan dan tinjauan dengan tujuan untuk menambahbaik produk dan perkhidmatan kami;
  10. seperti yang diperuntukkan oleh undang-undang atau peraturan;
  11. untuk mencegah dan mengesan jenayah (termasuk, tanpa had, kepada pengubahan wang haram, keganasan dan pencegahan, pengesanan dan pendakwaan penipuan);
  12. menyokong perniagaan, pemantauan kewangan dan risiko, perancangan dan penentuan keputusan Kumpulan Bibby; dan
  13. untuk semua tujuan sampingan yang berkaitan dengan peruntukan kemudahan termasuk peruntukan perkhidmatan komputer, telekomunikasi dan teknologi.

Kenyataan Privasi ini tidak akan mengubah atau menjejas sebarang maklumat yang anda berikan kepada Bibby. Data peribadi anda juga boleh diperolehi daripada sumber awam atau sumber lain yang boleh diakses oleh Bibby.

CARA KAMI MELINDUNGI DATA PERIBADI ANDA SEMASA PEMINDAHAN

Semasa menggunakan data peribadi anda bagi tujuan yang disenaraikan, Bibby mungkin akan mendedahkannya kepada satu atau lebih daripada satu entiti dalam Kumpulan Bibby dan kepada agen, penasihat dan penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami. Data peribadi anda mungkin akan dipindah kepada atau disimpan di lokasi di luar Malaysia. Tidak kira di mana data peribadi anda dipindahkan, kami akan mengambil langkah-langkah munasabah untuk memastikan data peribadi anda disimpan menurut peruntukan Kenyataan Privasi tersebut.

PERLINDUNGAN DATA PERIBADI ANDA

Keselamatan data peribadi anda amat penting kepada kami, jadi Bibby dan semua ahli Kumpulan Bibby diwajipkan untuk mematuhi polisi dan prosedur keselamatan Kumpulan Bibby, yang menetapkan piawai keselamatan termasuk langkah-langkah keselamatan teknikal dan organisasi. Kami mengkehendaki taraf keselamatan yang sama daripada pembekal perkhidmatan luar kami. Data peribadi anda yang kami kumpulkan akan disimpan oleh kami dan di mana terpakai kepada pembekal perkhidmatan kami di pelayan (server) dan premis yang selamat dan terlindung melalui gabungan kawalan akses secara elektronik dan fizikal, teknologi firewall dan langkah-langkah keselamatan lain yang munasabah.

PIHAK YANG AKAN KAMI KONGSIKAN DATA PERIBADI

Apabila anda memberikan nombor telefon, alamat e-mel, nombor faksimili atau kaedah perhubungan yang lain, anda bersetuju bahawa Bibby boleh menghubungi anda melalui telefon, e-mel, fasimili atau kaedah yang lain tersebut. Pihak luar (“Pihak-pihak yang dibenarkan”) yang kami mungkin mendedahkan data peribadi anda untuk tujuan yang disenaraikan di atas adalah:

  1. mana-mana pengawai, pekerja, agen atau pengarah Bibby, syarikat induk Bibby, anak syarikat bagi mana-mana syarikat induk Kumpulan Bibby, sekutu, wakil dan pejabat cawangan Bibby di mana-mana bidangkuasa (“Kumpulan Bibby”);
  2. penasihat profesional, pembekal perkhidmatan, penanggung insurans atau broker insurans Kumpulan Bibby yang memegang kewajipan kerahsiaan kepada Kumpulan Bibby;
  3. mana-mana perserta, sub-peserta sebenar atau berpotensi atau pemegang hakserah, novasi atau pindahmilik hak dan/atau obligasi Kumpulan Bibby dalam apa-apa transaksi antara mana-mana ahli Kumpulan Bibby dan anda (atau mana-mana agen atau penasihat profesional);
  4. mana-mana agensi penarafan atau pembekal perlindungan kredit secara langsung atau tidak langsung kepada mana-mana ahli Kumpulan Bibby;
  5. mana-mana parti yang diwajipkan oleh undang-undang atau mana-mana badan atau mana-mana kerajaan, kuasi-kerajaan, pentadbiran, badan atau pihak berkuasa kawalselian, makhamah atau tribunal;
  6. mana-mana agensi rujukan kredit yang digunakan oleh Bibby untuk menilai atau mengaji semula kredit anda atau pihak-pihak yang berkaitan dengan kemudahan yang diberikan oleh Bibby kepada anda; dan
  7. mana-mana penjamin atau penyedia kolateral untuk kemudahan.

PENAHANAN DATA PERIBADI ANDA

Kami akan menahan data peribadi anda untuk tempoh masa yang diperlukan untuk perhubungan anda dengan kami, tertakluk kepada Kenyataan Privasi dan/atau terma-terma dan syarat-syarat perjanjian anda dengan kami, untuk tempoh masa lain yang perlu untuk melindungi hak Kumpulan Bibby dan/atau pelanggannya, tertakluk kepada undang-undang atau polisi Kumpulan Bibby yang berkenaan.

HAK ANDA

Anda mempunyai hak untuk meminta akses atau pembetulan data peribadi anda yang disimpan oleh kami. Jika anda ingin mengakses atau membetulkan data peribadi anda atau mempunyai sebarang pertanyaan tentang Kenyataan Privasi ini, anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data atau menulis kepada kami, mengikut butir-butir perhubungan berikut. Bibby akan mengenakan caj untuk mengakses maklumat yang disimpan.

Number Telefon: +603 2711 0080

Alamat Surat-menyurat:

Bibby Factoring Services (Malaysia) Sdn Bhd
Unit C-12-4, Level 12, Block C, Megan Avenue II, 12 Jalan Yap Kwan Seng, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia 

Alamat E-mel: malaysia@bibbyfactoringservices.com

Sila ambil perhatian bahawa penggunaan kemudahan yang berterusan bermakna anda bersetuju kepada Bibby untuk mengumpul, memproses dan menyimpan data peribadi anda tertakluk kepada peraturan di atas. Kegagalan untuk memberikan persetujuan di atas akan mengakibatkan Bibby tidak dapat membekalkan kemudahan kepada anda.

Kenyataan ini dikeluarkan dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa English. Jika terdapat apa-apa percanggahan, Bahasa English akan digunapakai. 

 

Last updated: August 2018